Ahad, 25 Februari 2018

Febuari

Assalamualaikum.. Hai..!!

Hari ni nak sembang pasal wishlist, tapi tak pasti lah nak sembang apa. Hemhh.. sebab wishlist cuna setiap tahun sama.. iaitu nak ambik lesen kereta.. tiap tiap tahun azam benda yang sama. Tapi tak pi ambik pun.. wishlist hanyalah wishlist semata mata.. alahaiii.. so sad. Tapi salah satu wishlist tahun ni nak ada jam tangan dah dapat.. sebab encik suami hadiahkan semperna birthday bulan lepas. 25 januari 2018.

Ehhh.. birthday cuna dah lepas ?? Alamak tak ada entry tu pun..

Haaa.. birthday cuna tahun ni tak semua orang ingat. Tak semua orang wish. Bayang kan opismate cuna tanya cuna "besday hang bila husna?". Hampa rasa cuna nak bagi tau macam mana ? Takkan nak kata "hari ni lah besday kami" lepas tu bagi senyuman lebaq. Ohh noo!!! Thats not me! Hahahaha.. cuna habaq lah "besday kami lambat lagi. Bulan 4 nanti". Padahai dalam hati sedih ja sebab depa tak ingat. Sepanjang 4 tahun kerja opismate xsemuanya ingat besday cuna. Hat yang betul betul rapat ja ingat. Tapi yang rapat semua dah berenti buat haluan masing masing.



So pasal birthday tu abaikan lah, janji encik suami ingat. Tu pun dah cukup. Sebenarnya bulan lepas banyak aktiviti cuna.. 26.1 adik cuna yang bibi tu menikah dan kawin.. cuna dah type dah entry tu simpan dalam word. Tapi tak post. Hemhh.. sedar sedar dah nak end of february dah. Tak boleh nak buat apa. So entry tu terbasi dalam word. Hemhh.. lepas tu awal bulan hari tu cuna outstation p seremban. Dan untuk pertama kalinya cuna naik flight!. Walaupun just naik flight dari KL balik PENANG. Itu sememangnya pengalaman yang tak pernah cuna dapat. Haaaa... kalau korang ada friend dengan cuna dekat insta.. ada lah cuna share, boleh tengok cuna punya insta story. Lepas tu 18.2 baru ni adik cuna yang no 3 tu bertunang dekat kampong. Tahun ni adik adik hat besaq pakat nak menikah habih dah.. moga moga ada lah geng insyirah tahun depan. Hehehe.. insyaAllah.

 

 

Panjang jugak cuna menaip malam ni.. tu semua sebab insyirah dah lena.. bukan senang nak bagi dia lena sejak akhir akhir ni. Dok kerap buat perangai.. kadang tu pukul 10 lena.. lepas tu pukul 1 2 pagi bangun menangis. Haihh.. masuk buai tak mau.. bagi susu tak mau.. buh minyak kat perut padahai perut tak kembung pun. Hemhh.. ajak main tengah tengah malam. Kita ni nak kerja esoknya. Memang kadang kadang tu mengundang jugak rasa amarah.. tapi kalau marah pun bukan dia paham.. gelak lagi ada lah. Alahaiii.. budak budak.. tambah sekarang mi dah nak dapat kaki. Haaaa... kena lagi berjaga jaga lah cuna ni. Aktiviti sepah menyepah ni akan menjadi lebih tak terkawal. Sabor jeler kome .. okay lah tu saja buat masa ni.. rajin sikit siang esok cuna update lagi.

2 ulasan:

farhanna jafri berkata...

wahhh ada orang birthday rupanya. Happy belated birthday cuna! biasa lah tu kalau dah busy memang kelaut nak update kan

solehatun husna berkata...

tu lah pasal. memang kelaut. tambah pulak sibuk kerja ni. lagi lagi bertambah kelautnya tu.. hehehe.. apa2 pun terima kasih..