Isnin, 8 Januari 2018

Weekend

Assalamualaikum semua.. apa khabar.. so, macam mana awal tahun baru korang ? Okay ka ? Cuna harap semuanya berjalan dengan lancar lah hendaknya.. tulis wishlist tu jangan panjang panjang. Takut buang masa tulis ja.. usaha tu kirang ye dak..

Hari hari minggu macam ni.. rutin seorang cuna sangat lah padat.. nak uruskan bapaknya.. nak uruskan anaknya. Dua dua jenis yang suka buat sepah.. kita ni redha saja lah .. mujur bab makan.. dua dua ni tak cerewet.. biasanya insyirah dia akan makan moi + carot + kentang.. tapi tak mau blend. Sebab kalau blend nanti dia tak makan pun. Dia tak suka..



Abah dia pulak jenis suka lauk simple. Asalkan tak pedas. Maklom lah dapat laki jenis yang tak suka makan pedas ni. Hang nak masak tomyam dengan asam pedas pun jadi malas. Sebab hang sorang ja yang makan.. laki hang tak makan.. hahahaha...

Sebenarnya azam tahun baru cuna nak cari pendapatan sampingan.. bermula dengan tempek iklan dekat blog ni.. tapi dok cari jugak lah iklan apa yang nak pakai. Sebelum ni dok tempek advertlets dengan nuffnang.. tapi macam tak jalan ja.. maybe sebab blog ni macam hidup segan mati tak mahu.. hemhh.. so tahun baru ni nak kena up entry banyak sikit lah.. share banyak sikit dari yang sebelum ni.. kalau korang ada cadangan boleh lah share dengan cuna yang noob lagi dalam bidang blog ni.. hehehe..

posted from Bloggeroid

Tiada ulasan: