Ahad, 31 Disember 2017

365 out of 365 in 2017


Assalamualaikum semua.. apa khabar ? hari hari terakhir untuk chapter 365/365.. hari dimana esok nak kena bukak lembaran baru dah.. hari terakhir 2017 korang macam mana ? bagi seorang husna, macam biasalah .. hari hari cuti ni dok buang masa dekat rumah dekat laki dengan anak.. huhuhu.. shuib ngan syirah dok lena.. lepas bagi perut kenyang, selesa.. maka dengan itu lena lah mereka berdua yang cuna sayangi itu.. hahahahaha.. tapi dalam dok menaip ni, still lagi dok tengok tengok. Takut si kecik tu bangun dah. Risau dia jatuh katil. Memang lah tidoq dengan pak dia, tapi bukan sedaq pun kalau anak bangun terjun katil. Tunggu anak menangis selak baru nak terjaga..



Tahun 2017 memang tahun yang sangat bermakna bagi cuna, banyak benda yang cuna dapat dalam sedar dan tak sedar. Tahun 2017 cuna sambut dengan insyirah dalam perut cuna, disamping suami yang sangat membantu dan penyayang. Cuna bahagia sangat. Tahun 2017 ni jugak cuna duduk asing dengan mama , belajar berdikari, belajar jadi isteri. Cuna pun belajar masak, belajar urus masa. Keluarga dan kerja. Cuna kena biasakan diri untuk tak terlalu sebok dengan hal kerja sebab anak dengan suami dekat rumah pun nak kena urus jugak.

Dah lama tak menaip ni.. rasa janggal pulak. Tambah pulak dok pinjam laptop shuib ni. Ada banyak button yang tak boleh berfungsi dengan baik. Hemhh.. sabar ja lah. Nama pun laptop pinjam kan., nak harapkan laptop sendiri. Dah arwah dah laptopnya. Hahahahaha… kalau nak ceritakan kenangan tahun 2017 ni. Banyak sangat. Sampai tak terkata lah banyaknya kenangan yang membahagiakan hati seorang cuna. Alahhh, takat kenangan yang terasa ka tersinggung ka dengan sesetengah manuasia. Itu perkara biasa. Boleh pejam mata, tak mau ingat. Takmau bawak masuk 2018.








Even cuna ada wishlist yang tak tercapai lagi dekat tahun 2017, cuna tak kesah. Cuna harap tahun depan boleh lagi capai. Tapi lesen tu tak tau lah.. dah drag bertahun tahun dah wishlist tu. Sampai rasa tu wishlist ka cita cita pun tak tau lah. Susah sangat nak capai. Hemhhh…

Cuna harap tahun 2018 cuna penuh dengan warna warni dan perkara yang menyenangkan cuna. Cuna berharap hari hari mendatang penuh dengan barakah dan rahmah. Semoga tahun 2018 korang juga macam apa yang cuna harapkan untuk diri cuna. insyaAllah.

 


Image result for happy new year 2018

Tiada ulasan: