kengkawan

Isnin, 4 September 2017

Raya Haji

Assalamualaikum semua.. Selamat Hari Raya Korban buat semua pembaca setia blog cuna ni.. macam ramai ja yang tengok dan Selamat Bercuti Di Hari Isnin. Seronok lah hampa semua boleh cuti. Cuna tak dapat nak bercuti. Terpaksa tinggalkan Shuib dan Insyirah comel dekat rumah. Malasnya nak bekerja. Hehehehe.. padahal dah 4 hari bercuti. malas dia tu macam kerja setiap hari tanpa cuti selama berbulan bulan. sejak lepas pantang ni, seorang Husna tak ambik cuti pun lagi. makna kata dah 2 bulan husna bekerja tanpa cuti dengan jayanya. cuti tu tak tau lah nak peram simpan sampai bila. dah lah cuti boleh bawak kedepan 5 hari ja. limit. yang lebih tu burn. hemhhh.. hampeh sungguh.

Raya kali ni singgah Kuala Kangsar. Bawak Insyirah jumpa moyang dia (atok cuna). Pak Amir Candan. Mengekek ngekek dia gelak. suka sungguh. terlupa pulak nak tangkap gambar dia. sebab dok syok sangat tengok dia gelak ketawa dengan moyang dia. yang ada gambar dia ambik angin kat hujung bukit tu ja..


lepas singgah Kuala Kangsar balik Pantai Besar pulak.. nak kena bawak jumpa tok wan dia (Papa Cuna). maklomlah tok wan dia busy tak jumpa jumpa lagi dia. padahai dok dekat ja, permatang rawa tu. hemh.. tak tau lah. bonda dengan abah ka yang busy. tokwan ka yang busy. Insyirah ja tak busy, kalau orang bawak jalan ikut ja. tak merungut pun. gambar dengan tokwan dalam phone tokwan, terlupa nak transfer masuk phone sendiri.. sob sob.. gambar yang mak iti tangkap semua nya ada jari mak iti.. sangat sangat spoiled. lambat pulak nak edit bagi elok. upload ja teruih.. hahahaha.. tak senonoh husna ni.

Husna memang tak berubah, kalau dia kata dia tak mau masuk dapoq tu. buat lah macam mana pun, dia tetap takkan masuk dapoq. hahaha.. Husna.. Husna.. bila nak berubah tak tau lah. ni balik dari kampung tok (nenek Cuna) bagi daging korban. tak tau nak masak apa dengan daging tu. hemhh.. risau daging tu membeku ja dalam freezer tu tak berusik.


meh Cuna belanja gambaq Insyirah botak. huhuhu.. lepas ni kita tak potong botak dah ye Insyirah, kita simpan rambut bagi panjang macam Princess tau.. Ehh.. Shuib mana ? dia kerja, petang lepas kerja baru dia ambik kami berdua bawak balik Pantai Besar pulak. So, Raya Korban tahun ni raya dekat Utara ja lah.. dah Raya Puasa hari tu raya dekat Pantai Timur. 


A week before, Insyirah ikut tok ibu (Ibu Shuib) balik Bukit Beruntung. jalan jalan dekat Cameron Highland. syok nya la hai seorang Insyirah berjalan ikut tok ibu tinggal Bonda dan Abah kerja kat Penang ni.. sampai demam lah dia. maybe demam rindukan bonda dan abah kot.. huhuhu.. alang-alang ambik insyirah tu, singgah lah kenduri si Pikah dekat Sungai Buloh.


TAHNIAH diucapkan buat Pikah dengan Razif. ehh.. mana gambaq Razif ? hahahaha..


TADAAAA.. dah.. tu gambar Pikah dengan pasangan. semoga berkekalan hingga ke Jannah lah hendaknya. dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. #teampeat

geng bujang... geng anak dara...                                

okay okay. last last. nanti pulak sambung cerita. huhuhu.. sekian cerita dari Cuna Cuib dan Insyirah..


Tiada ulasan: