kengkawan

Khamis, 27 Julai 2017

cerita khamis seorang husna yang malas

assalamualaikum.. dah makin jarang jarang dah seorang husna update dekat sini. Kalau ikut keinginan hati ni setiap minggu nak update, tapi apakan daya.. nak update melalui screen phone yang kecik ni amat lah menyusahkan. tak celuihh nak type. jemari dah makin mok mok dah.. hahaha.. sementara menunggu waktu rehat habis dan terbuang begitu saja, update lah sikit.

sejak dua menjak ni, seorang husna asyik dan sangatlah tidak larat. mana tak nya, mai dengan si kecik insyirah yang comel dan mengada tu. nak buat kerja apa pun susah. kerjanya nak merap ja. lepas tu nak kita duduk depan dia, tak pegang dia pun tak apa. janji duduk depan dia teman dia bersantai. jap lagi cuna share gambar insyirah yang latest okay.

best tak jadi mak ? 

emm.. korang rasa ?? bagi cuna perasa jadi seorang mak tu SANGATLAH SERONOK!!! hahaha.. memang sangat seronok. sejak ada anak ni, kalau berselisih faham dengan shuin pun tak kesah dah. sebab ada anak nak main main, nak sembang sembang. dan walaupun dia tak paham, dia tak pernah mengecewakan. dan setia menjadi pendengar yang setia. sampaikan bila ibu kata nak ambik insyirah seminggu rasa sedih sikit hati ni. yelah dah jadi bantal peluk masam kita dah. bila tak da tu rasa macam sedih, lagi pulak risau nanti lagi takda semangat nak pergi kerja nanti.


hari hari gaduh dengan shuib bila insyirah bangun tengah malam mintak susu. gaduh sebab shuib tak mau bangun p bancuh susu untuk insyirah. yelah, dia penat sebab kerja dekat site. memang lah waktu tidur dia tidur sungguh sungguh. yang kita ni nak stay sebab takmau bagi anak menangis. hemhh.. penyudahnya, insyirah menangis dan seorang husna bangun dari katil dengan bebai sekali. hahaha.. tapi selalunya pagi tu okay dah. gaduh waktu nak bertolak tolak buat susu tu ja.

tak susah tak jadi mak dan bekerja ?

actually its depend. Ikut macam mana cara orang tu hadap semua benda. hadap kerja, hadap suami, hadap anak dan hadap rumah tangga. kalau campur aduk semuanya, Insya Allah kita memang tersungkoq atas katil menangis sebab tak boleh nak hadap. hahahaha.. Alhamdulillah sekarang ni anak bukanlah penyebab kenapa seorang husna stress. Seorang husna stress hanya sebab kelakuan rasis sesetengah orang dekat opis saja. biasa lah, bila bekerja dengan orang yang membezakan kaum ni, kita yang kecik ni makin kecik lah..

cari kerja lain? Insya Allah, jika di izinkan Allah. dapat lah cuna kerja lain. perhaps kerja nanti tu setimpal lah dengan gsji yang seorang cuna dapat. maklom lah sekarang buat kerja sama macam orang lain. tapi gaji kita dengan orang lain tu, 2x ganda berbeza tau.. lepas tu orang yang baru kerja kelebihan dia macam senior, kita ni yang 3 tahun nak masuk 4 tahun kerja dok junior sampai sudah lah. sedihnya. tapi shuib kata "sabar lah. nanti bila dah ready dan stabil sikit, cari lah kerja lain. tak payah dok meratap." terima kasih shuib jadi suami yang memahami hati kecik seorang husna ni.


seorang husna dah kurus sikit lepas mula kerja ni. takda lah macam awal awal lepas pantang tu.. dok rasa badan bengkak. huhuhu. misi capai berat badan 45kg macam sebelum mengandung hari tu baru bermula.. GOOD LUCK CUNA!!

okay, rasanya tu ja lah kot yang nak dikongsi buat masa ni. nanti kita update lain pulak.. sekian cerita husna. hahaha..